Harta Dunia Saham Akhirat
By:"Hamizul Abdul Hamid"
Published on 2014 by Alaf 21
Semua manusia mahu kaya. Bahkan, tiada siapa yang menolak apabila dihulur wang, emas, rumah atau kenderaan. Semuanya ada nilai tersendiri waima kecil atau besar. Hakikatnya, manusia dan harta merupakan magnet yang cukup kuat. Kerana harta, manusia menjadi maju walau ada waktunya menjadi jahat. Dengan harta juga, manusia tidak pernah berasa puas. Tahukah anda, hari ini ramai yang lalai dengan tawaran ALLAH SWT untuk menjadi kaya. Kebanyakannya melihat harta sebagai simbol kemewahan. Lantas, bagaimana dengan sedekah, infak, jariah, zakat atau derma? Tidakkah mereka tahu bahawa perkara itu juga menjadi sumber menjemput rezeki untuk kekayaan berlipat kali ganda?
This Book was ranked 32 by Google Books for keyword peraturan dunia.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar